SEPATAH DUA KATA LA GILA!

Tak perlu aku bercakap banyak dalam entri pada kali ini kerana motif sebenar blog ini adalah untuk menunjukkan kebodohan diri sendiri, masyarakat, pemimpin dan kaum seangkatan dengannya. Di harap penulisan tahi blog ini mampu memberikan impak dan kesan yang munasabah kepada kepada kehidupan seharian kamu semua kerana kamu semua rata-ratanya sudah naik gila dengan hidup kamu semua. 

Definisi gila dalam istilah kamus blog gila ialah tindakan dan perilaku yang diluar kawalan sistem saraf tubuh badan. Tindakan diluar kawalan inilah yang akan memastikan kamu pada hari esok dan seperti juga aku sebagai penulis blog ini. Kalau kau rasa tindakan kau seharian itu betul maka kau adalah salah, kerana kau sendiri tidak tahu hujung pangkal perbuatan kau sendiri. Seumpama kau sedang bermain bola sepak, accurate sangatkah hantaran bola kau kepada teammate kau? Perasan power main bola konon.Petuih!!


Gila datang dalam pelbagai rupa, ada yang gila glamer macam yang aku cakap dalam perenggan selepas ini, ada yang gila blogging, ada yang juga gila harta dan adalah juga makhluk yang tak sempurna ini gilakan perempuan. Ini adalah lumrah hidup manusia tipikal yang alpa akan asal usul mereka dicipta. Kebodohan manusia ini jelas terserlah dalam pelbagai rupa. Sebagai contoh, kau yang gila glamer sanggup menunjukkan kebodohan kau dengan memperagakan tubuh badan kau yang biasa-biasa sahaja. Sejauh mana mereka sedar yang mereka ini bodoh? Kita sendiri tidak sedar yang kita ini sememangnya bodoh, siapa rasa dia pandai sangat? Mari sini. Sila jelaskan pada aku pasal teori evolusi beruk Darwin yang bodoh itu. Kegilaan dan kebodohan dikau akan terserlah umpama menghidupkan penyuluh lampu didalam bilik yang diterangi lampu kalimantan 50 sen yang hari ini dah naik harga jadi 3 ringgit.

Dan jika kau rasa blog ini patut ditutup maka kau juga merupakan antara salah seorang yang gila, iaitu gila glamer kerana membataskan peluang aku sebagai blogger baru untuk menceburi dunia blogging yang penuh dengan orang yang gilakan glamer. Jadi, nantikan entri-entri yang panas pada masa akan datang dimana aku sendiri akan merungkaikan kebodohan sesuatu artikel, kejadian dan gambar yang menjadi kegilaan manusia tipikal macam kau semua nanti. Tunggu dan lihat.

1 comment: